Adcom Mencuri/Menyurih/Meniru Karya [edisi BM]
Siapa atau apa itu Adcom?
Adcom ialah sebuah institusi latihan kreatif yang menggunakan teknik surihan (tracing) karya pihak lain sebagai kaedah pembelajaran. Ini bukanlah sesuatu yang serba baharu atau tak pernah didengar.
Tetapi Adcom telah melampaui batasan dengan menggunakan karya yang disurih dalam pengiklanan mereka.
Apa sebenarnya yang telah berlaku?

Bandingkan contoh pengiklanan Adcom (perhatikan juga cara lukisan ini dikaitkan kepada pelatih Louis Cheng)…dengan karya Wonder Woman Return daripada Stanley ‘Artgerm’ Lau.

Apabila ditegur oleh Lau di Facebook, Adcom tidak mengambil apa-apa tindakan selain daripada meminta maaf, dan menjelaskan “peniruan” mereka sebagai latihan asas.
Ianya lebih daripada itu. Tindakan ini membawa mudarat.
Kenapa pula tindakan ini memudaratkan?
- Penggunaan karya yang ditiru atau disurih dalam bahan promosi mengelirukan orang ramai akan punca kreatif yang pertama dan asal karya tersebut.
- Ia mewajarkan karya yang disurih sebagai 100% asli, sekali lagi tanpa mengakui puncanya.
- Ia menghina hasil titik peluh pekarya yang asal, di mana karyanya sedang digunakan tanpa pengetahuannya untuk keuntungan pihak ketiga.
- Ia memincangkan usaha kreatif asli para kakitangan dan pelatihnya, dengan sengaja atau tidak sengaja menjadikan mereka bersubahat dalam pencurian karya.
- Ia tidak beretika dari segi profesional, dan memberi contoh yang buruk kepada generasi profesional kreatif sekarang dan akan datang.
- Sepertimana diujar Todd Lockwood pada Facebook, tindakan ini melemahkan atau memusnahkan lindungan hakcipta. (Terima kasih kepada warga Facebook yang berkongsi hujah ini dengan kami!)
Tetapi ini hanya sekali kan?
Selepas siasatan yang lebih, adalah mungkin yang Adcom telah melakukan perkara ini sekurang-kurangnya tiga empat kali:
- Karya pelatih, March 2012, vs ilustrasi Hellboy drp. Wang Wei
- Karya pelatih, Feb 2012, vs God of Pretence drp. Olev Shekhovstov
- Karya pelatih, Dec 2011, vs Cemetery Reaper drp. Dave Allsop
- Karya pelatih, Jan 2012, vs Chico Bento drp. Tiago Hoisel
Jadi, apa yang saya boleh buat?
Sila reblog, meng-link, meng-tweet atau kongsikan blog ini dengan dan di luar kenalan anda. Ini penting, terutamanya untuk mereka yang bekerja atau menetap dalam Malaysia dan Singapura sebagai apa jua jenis profesional kreatif.
Jika anda melihat iklan Adcom yang mengandungi karya yang anda sudah temui di mana-mana, biarkan penyenggara tahu melalui butang ask/submit.
Hubungi juga Adcom [1] [2] dan bentangkan kes anda secara sopan: bahawa penggunaan karya yang disurih/ditiru dalam bahan pengiklanan mereka tidak boleh diizinkan dan tidak harus diulangi, dan juga ketiadaan tindakan dalam mengawasi karya pelatih—ataupun menghalalkan kegunaan surihan karya dalam pengiklanan—tidak memanfaatkan sesiapa. Malahan ia bukan sahaja menghalang diri mereka, tetapi industri kreatif serantau.
Siapa yang menyenggara blog ini?
Hanyalah seorang lagi profesional muda warga Malaysia. Saya tidak mendapat apa-apa manfaat daripada menghebohkan kegagalan dalam industri saya dan etikanya. Tetapi pencurian karya menjejaskan kita semua, dan saya tidak dapat berdiam diri di depan masalah ini yang amat menjejaskan orang lain dalam bidang kerja saya.